Lamanya mama tak menulis kat fotopages nie. 2 tahun rupanya mama menyepikan diri. sekarang hadif dah nak masuk 3 tahun. Hadif dah ke sekolah. Hadif dah pandai baca abc,123,alif ba ta. Hadif pun dah petah berkata-kata ada jerk soalan yang kekadang mama malas nak jawab.
Tak lama lagi hadif akan daapt adik. Mama tengah pregnant baby hadif. Dah 6 bulan dah berlalu. Insya ALLAH hadif akan dapat baby girl. Mama dah pilihkan nama Nur Raisya Islam. Mama panggil raisya. Sejak mengandung ni mama selalu sakit tak macam masa mengandungkan hadif. Mungkin ni dugaan buat raisya. Semoga raisya nnt tak selalu sakit mcm abg hadif. Mama and hadif so excited with new born baby nie. Boleh dikatakan persiapan new baby almost done. semua dah beli ada beberapa brg jerk lagi yg mama akan beli bila dah cukup bulan.
Selama 2 tahun banyak suka duka mama lalui sayang. Yang paling gembira adalah sewaktu daddy bawa mama and hadif ke korea. selama sebulan setengah kat sana masa musim autumn mama dan hadif gembira sangat. Suhu yang sejuk tue sangat berbeza dengan malaysia. Mama rindukan korea hadif rindukan joshua tak? kawan baik hadif kat sana?
2 minggu pulang dari korea pak long hadif pulang ke rahmatullah. Tanpa apa-apa penyakit atau kemalangan tiba2 pak long kembali ke pangkuan ALLAH. Tinggalkan thakif yg baru 2 tahun dan syahmi yg baru 9 bulan. seminggu mama menangis tak berhenti. Luluhnya hati mama sayang. Hadif asyik peluk mama and cakap mama jangan nangis. Hadif pun nangis sama bila mama nangis. Hadif asyik tanya kenapa pak long mati? Pak long sakit ke? Kenapa mama nangis??? masa tue daddy kat hong kong. Letihnya mama mengharungi kesedihan tu sorang diri.....
Selepas 35 hari pak long pergi atok mama atau moyang hadif pulak kembali ke pangkuan ALLAH.Pun tak sakit apa-apa hadif tiba-tiba jerk. Kesedihan bertimpa-timpa membuatkan mama bagai hilang arah. Hadi tahukan amam sayangkan atok mama nie. Dialah yg besarkan mama sewaktu mama kecil. Sekarang mama rindukan pak long dan atok mama. Raya bakal tiba mama rindukan lodeh atok, rindukan lemang, masak lemak cili api. mama rasa kosong sayang. Pusara pak long bersebelahan ngan pusara atok mama. setiap kali kesana hati mama luluh dan sayu.
Kerana kesedihan tue mama ambil keputusan mengandung lagi. Sebab sebuah kematian hanya boleh diubati dengan kehadiran org baru. Sekurang-kurangnya mama dapat lupakan sejenak hakikat kesedihan dalam kehidupan ini. sesungguhnya kesedihan itu mmg tak dapat dikongsi ia harus dilalui seorang diri. Raisya adalah pengubat jiwa lara mama ni. walau daddy belum bersedia mama percaya raisya adalah jawapan untuk semua doa mama... raisya adalah bidadari yang dikirimkan ALLAH untuk mengurangkan kesedihan dan kedukaan itu.
Hadif jangan bimbang hadif tetap hero kecil mama.raisya pula adalah bidadari mama. raisya dan hadif sama penting dalam kehidupan mama ini. Mama selalu berdoa agar usia mama dan daddy di panjangkan sehingga hadif dan raisya tak perlukan mama and daddy lagi..... Mamasayangkan anak-anak mama dan daddy....so much.